Text
Ebook Pemerintahan Kerajaan Bani Ummayyah
Sejarah tentang kerajaan-kerajaan Islam setelah zaman tabiut tabiin telah terbentang dalam sejarah umat manusia, mereka telah melalui hidup dalam pemerintahan dari zaman ke zaman. Ada kalanya dalam memerintah seorang penguasa banyak mengambil berat terhadap kepentingan umat sehingga nama mereka harum dikenang sepanjang zaman. Namun terdapat juga penguasa yang kurang bijak sehingga rekod dalam sejaralı dan peradaban umat nama raja tersebut tidak begitu baik disebabkan pola hidup yang glamor yang kurang disukai oleh rakyat. Buku yang ada di hadapan pembaca ini merupakan kitab yang membincangkan tentang sejarah kerajaan Islam di masa lalu iaitu kerajaan yang diterajui dari kalangan Bani Umayyah. Pemerintahan yang diterajui oleh para sultan dari Bani Umayyah ini telah mengalami pasang surut dalam kepimpinannya. Ada kalanya ia dipimpin oleh seorang raja yang adil namun terdapat juga penguasa yang kurang bijak dan terlalu mementingkan kepentingan raja dan keluarga.
Walau bagaimanapun dalam pemerintahan Kerajaan Bani Umayyah sejarah pernah mencatat bahawa sepanjang kerajaan tersebut memerintah ia pernah dipimpin oleh seorang raja yang telah banyak membuat kebajikan dan perubahan dalam pemerintahan. Hal ini tidak dinafikan boleh jadi kerana kecerdikan dan perhatian baginda terhadap pelbagai kemaslahatan umat dan yang paling penting adalah faktor watak peribadi raja yang soleh dan tidak suka berfoya-foya. Dalam sejarah ini dalam pemerintahan kerajaan Bani Umayyah pernah dicatat seorang raja yang soleh, zuhud dan warak iaitu Umar bin Abdul Aziz. Sikap dan watak peribadi beliau amat terserlah bahkan ketegasan beliau terhadap nilai kejujuran amat tinggi sehingga beliau amat dikenang dalam memimpin kerajaan Bani
EB0104.1 | 297.63 TAR p | Eco Literasi (Pohon literasi) | Tersedia |
Tidak tersedia versi lain